Isnin, 10 Disember 2012

Semoga Rakyat Gaza Terpelihara


Semoga Rakyat Gaza Terpelihara.

         Hari ini, di desaku ada kematian seorang wanita dan ibu kepada beberapa anak-anaknya. Sementara anak-anak masih kecil dia pergi meninggalkan anak-anak dan suaminya. Inilah realiti bahawa kematian itu pasti. Al fatiha untuk wanita itu.Aktiviti di hari selasa, aku teruskan dengan membuka blog ke blog kawan-kawan maya, tetapi terasa amat sayu dan hampir menitiskan air mata apabila membacakan cerita artis terkenal dari Malaysia ini iaitu Afdlin Shauki dan rombongan kemanusiaan ke Gaza suatu masa yang lalu. tahniah Afdlin kerana dapat berpeluang ikut misi kemanusiaan di gaza itu.

Pasti ramai yang nak membaca pengalaman Afdlin Shauki ketika ke Gaza, oleh itu aku nak sharekan info itu kepada anda semua, sila layari laman ini iaitu:-

http://busuk.org/ping/view/392309

“Kanak-kanak di Gaza seolah-olah tidak terkesan dengan bom yang dijatuhkan setiap empat minit, tidur malam pun nyenyak, mereka seperti dijaga dan Allah memberi mereka perlindungan sehingga tidak terkesan dengan kejadian menimpa negara mereka,” kata artis serba boleh, Afdlin Shauki menceritakan pengalamannya di Gaza.

( inilah antara kata2 afdlin Shauki )




Khamis, 29 November 2012

Jendela Maya

Aku melihat banyak suara bisu
Aku saksikan juga suara beraneka
Aku nampak pada dua mataku 
Bersaksikan jari jemari ligat menekan kunci
Aku lihat lagi ragam kehidupan ...
Aku lihat ada peluang dan potensi 
Aku lihat keburukan dan kejahatannya
Segalanya ada di Jendela Maya.
Aku kata jadilah jejari yang berhemah
Agar jendela yang diketuk
Tidak memancarkan rasa dan ingin
Semangat berkobar tanpa pimpinan
Hati dan jiwa akan ternoda..
Sayang hati yang dulu bersih...
Kini ternoda oleh Jendela Maya
Kerana Jendela Maya itu
Bagaikan pintu-pintu
Yang mudah dibuka kunci-kuncinya.
Jendela Maya itu adalah...
Internet Maya.
Berfikirlah sebelum selak Jendala Maya itu.


 

Blog Template by YummyLolly.com